Saturday, July 19, 2014

Fakta Menarik Tentang Perut


Anda tahu tentang perut anda? 
Haa, disini saya mahu kongsikan Fakta Menarik Tentang Perut kita:

1. Perut kosong mempunyai saiz 1.5 oz atau 3 sudu makan.

2. Kapasiti perut meningkat  kepada 1 liter apabila kita makan dan minum.

3. Makan melebihi 1 liter meyebabkan perut berasa tidak selesa.

4. Perut menjalankan 3 tugas pencernaan: meyimpan makanan untuk proses berikutnya membentuk campuran makanan dengan jus gastrik dan mengawal kemasukan 'chyme' ke usus kecil untuk penyerapan yang berkesan.

5. Makanan berada di dalam perut kira-kira 4 jam.

6. Cecair lebih cepat meninggalkan perut berbanding pepejal.

7. Karbohidrat lebih dulu meninggalkan perut diikuti protein dan lemak.

Sabda Nabi SAW bahawa 'perut punca segala penyakit'  jadi kawallah apa yang masuk ke dalam perut. Jaga pemakanan kita. Makanlah yang baik-baik dan halal serta tingkatkan nutrisi dalam  pemakanan harian kita.  :)

No comments :

Post a Comment