ILMU BISNES.
1. Dalam bisnes kita gali dalam dalam dahulu kemudian baharu melebar. Konsep ini sungguh penting untuk difahami.
2. Ianya berkait rapat dengan ajaran Puan Guru, iaitu tentang "Sumpahan 3 Tahun". Puan Guru selalu ulangi fakta ini: Bahawa 97% syarikat terpaksa ditutup bisnesnya dalam tempoh 3 tahun selepas mula beroperasi.
3. Selalu tanya ini, Bisnes puan sudah berapa tahun usianya? Jika belum 3 tahun, bisnes puan masih dalam fasa paling bahaya. Tempoh 3 tahun ini adalah tempoh survival. Jangan fikir yang lain-lain, fikir survival sahaja. Survival. Survival. Survival.
4. Jangan fikir bagaimana mahu melangkah ke dalam fasa II, yakni fasa mengembangkan bisnes. Fikirkan survival dulu. Apabila sudah lepas fasa survival baharu boleh mulakan fasa pengembangan perniagaan.
5. Puan Guru juga kerap mengingatkan tentang Strategi Keluar dari Perangkap Bisnes Lama
Kata beliau, sesetengah bisnes adalah jenis yang kita amat suka menjalankannya, namun bisnes itu adalah ibarat jenis buah baka kecil.
Sebagai contoh, bisnes membuka kedai gunting rambut. Ini adalah ibarat menanam pokok terung rembang. Ia baka terung kecil. Ia bisnes yang tidak membolehkan kita memiliki perusahaan yang dapat dikembangkan kepada skala besar.
6. Apakah yang dapat dilakukan jikalau kita mahu keluar daripada bisnes terung rembang, dan mahu memulakan bisnes lain jenis baka besar?
Strategi yang dapat digunakan adalah dengan membuka syarikat open-partnership dengan rakan-kongsi yang memiliki kepakaran dalam bidang bisnes baru itu.
Sebagai contoh, kita mahu memasuki bisnes kedai farmasi, maka kita berpartner dengan ahli farmasi. Demikian juga, kita boleh membuka tadika dengan mengambil sebagai rakan-kongsi guru tadika yang sudah memiliki kepakaran dalam pengurusan tadika.
7. Di manakah hendak dicari rakan-kongsi baru itu? Ini membawa kepada
"Strategi Keluar Bangunan, Cari Pasaran, Dapatkan Pelanggan Berulang"
Puan Guru memberikan tiga langkah mudah.
Langkah satu: Keluarlah dari kedai gunting kita.
Serahkan gunting-gunting itu kepada pembantu kita.
Langkah dua:Kita sendiri keluar dan berkawan-kawanlah dengan orang-orang yang datang dari sektor bisnes lain yang tidak ada kaitan langsung dengan bisnes kedai gunting.
Langkah tiga:Luaskan dunia bisnes kita. Masuk perkumpulan orang-orang dari planet bisnes lain. Jangan hanya berkawan sesama tukang gunting rambut.
8. Ahaaa. Cari Istana Besar. Pacaklah pondok disitu.
Mahukah puan-puan bersama saya?
PM kami sekarang di link ini
http://www.facebook.com/messages/ayusfashion
Friday, June 27, 2014
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment